JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal bersama teman serumahnya yang berperwatakan seperti lelaki (tomboi), menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu, atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya.
Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan rakan warga Singapura Awiin Chua, 30, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim, VM Mabel Sheela setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencapai niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kedua ibu tunggal terbabit ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka.
Mereka didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di sebuah rumah di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini, antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.
Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir kemudiannya memohon satu tarikh lain bagi penyediaan fakta kes sebelum hukuman dijatuhkan.
Pihak pendakwaan turut menyerahkan beberapa dokumen kepada mahkamah termasuk laporan perubatan, laporan polis, gambar-gambar lokasi kejadian termasuk gambar-gambar kecederaan mangsa.
Mahkamah turut mengekalkan jaminan RM15,000 terhadap ibu tunggal terbabit termasuk RM20,000 terhadap temannya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 Oktober depan untuk fakta dan hukuman. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 27 2023
Nurul Asyiqin dan Awiin Chua membuat pengakuan berkenaan di hadapan hakim setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. - Gambar fail
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.
Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella
Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah dijangka dapat merungkai kehilangan Bella.
Tukar agama anak secara unilateral salah di sisi undang-undang, mahkamah benarkan rayuan Loh
Mahkamah Rayuan mengetepikan penukaran agama secara unilateral tiga anak Loh Siew Hong kepada Islam.
Ibu tunggal bawa anak 'check-in' dengan duda
Seorang ibu tunggal sanggup membawa dua anak lelaki berusia enam dan 10 tahun untuk menginap di sebuah hotel di sini bersama seorang duda selepas menyambut ambang tahun baharu pada Isnin.
Teman lelaki Bella dibebaskan dengan jaminan polis
Lelaki berusia 24 tahun itu yang bekerja di sebuah syarikat kurier direman sejak 25 Dis mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana culik.
Polis masih siasat kes kehilangan Bella
Setakat ini polis telah memanggil lima individu melibatkan keluarga serta rakan-rakan wanita berkenaan bagi membantu siasatan.
Ibu tunggal didakwa 29 pertuduhan pecah amanah
Tertuduh yang ketika itu bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran telah secara curang melakukan pecah amanah wang keseluruhan berjumlah lebih RM350,000.
Ibu tunggal terpedaya ‘Love Scam’, rugi lebih RM170,000
Seorang ibu tunggal kerugian lebih RM170,000 akibat terpedaya dengan sindiket 'Love Scam' atau penipuan cinta.
Ibu tunggal terpaksa berhenti menoreh urus anak lumpuh
Norhaniza Arifin yang berusia 15 tahun patah paha dan tangan kanan sehingga menyebabkan dia tidak mampu duduk mahupun berdiri akibat kemalangan.